Senarai Produk AGEL


PRODUK AGEL

Terdapat 2 kategori utama produk Agel iaitu (a) Produk makanan tambahan dan (b) Agel Body ( terdiri dari Produk Kosmetik Ageless Skincare dan makanan tambahan Agel GLO)

PRODUK MAKANAN TAMBAHAN AGEL

Setiap ingredien di dalam produk makanan tambahan Agel mengandungi ingredien2 atau unsur2 kesihatan yang terbaik di dunia. Jika dilihat setiap produk Agel ini, jelas menunjukkan bahawa tidak ada mana2 produk makanan tambahan lain di pasaran yang mengandungi begitu banyak unsur2 kesihatan yang terbaik. Produk makanan tambahan dikategorikan kepada 3 kategori utama iaitu :

1. AGEL CORE

Produk-produk kategori ini mengandungi ke semua ingredien2 yang dapat menampung dan memberi kesihatan menyeluruh kepada semua golongan terutama mereka2 yang sihat bagi memastikan masa depan hidup mereka bebas dari penyakit2 yang tidak diingini dan menghadapi hari tua mereka dengan kualiti hidup yang lebih baik. Produk2 ini boleh diambil oleh semua peringkat usia dan diambil satu paket sehari. Produk ini diambil sepanjang masa.

AGEL EXO



PERASA ANGGUR HITAM


Agel EXO mengandungi pati 17 jenis buah, beri dan tumbuhan seperti acai, beri, delima, manggis, mengkudu, prun , aloe vera , anggur dan lain - lain. Mengandungi lebih 200 jenis anti-oksidan dan khasiat satu paket EXO bersamaan dengan 4 hidangan segar buah2an dan sayuran. EXO dapat melindungi badan dari kesan negatif radikal bebas dari persekitaran termasuk pencemaran udara,makanan dan air. Radikal bebas mempercepatkan proses penuaan, meningkatkan risiko penyakit kronik dan kanser *.

Kandungan EXO: Pati buah Acai, Acerola, Aronia, Aloe Vera, Bilberry, Blueberry, Cranberry, Elderberry, Gac Fruit, Anggur Hitam, Manggis, Mengkudu, Delima, Buah Prun, Rooibos, Seabuckthorn, Wolfberry.

Pengambilan : Boleh diambil oleh semua golongan umur. Terbaik diambil satu paket sehari tapi boleh diambil selang sehari, selepas sarapan pagi. Lebih sedap jika diambil selepas disimpan di dalam peti sejuk.

AGEL UMI



PERASA EPAL HIJAU


UMI mengandungi Fucoidan yang diekstrak dari rumpai laut ("seaweed"). Fucoidan dikatakan salah satu penemuan bahan peransang dan modulasi sistem imun yang paling menakjubkan abad ini . Beratus - ratus kajian saintifik telah membuktikan keistimewaan bahan ini. Fucoidan memperbaiki fungsi sel darah putih, anti-kanser, membantu kawalan penyakit diabetes, penyakit gangguan sistem imun, mengurangkan tahap kolesterol dan perlindungan ginjal dan hati *.

Pengambilan : Boleh diambil oleh semua peringkat umur. Terbaik diambil satu paket sehari , tetapi boleh juga diambil selang sehari. Boleh diambil bersama mana-mana produk Agel yang lain. Sesuai digabungkan dengan Agel EXO. Boleh diambil secara berselang seli dengan produk lain tetapi terbaik jika diambil bersama setiap hari.

AGEL MIN



PERASA BUAH BERI


Agel MIN mengandungi 12 jenis vitamin dan 10 jenis mineral yang menjadi keperluan harian anda. Agel MIN adalah formulasi paling ideal untuk keperluan harian vitamin dan mineral anda. Vitamin dan mineral bertindak sebagai ko-enzim dan ko-faktor di dalam hampir ke semua proses biokimia di dalam badan anda. Ke semua mineral yang terkandung di dalam MIN adalah di dalam bentuk "Albion chelates" yang lebih mudah menyerap ke dalam aliran darah*.

Kandungan MIN : Vitamin: Vitamin A, C, D, E, B3, B6, B12, Folate, Asid Pantotenic, Biotin,Thiamin, Riboflavin, Mineral : Kalsium (Kalsium Sitrat, Kalsium pantothenate, Kalsium fosfat), Fosforus, Iodin, Magnesium, Zink, Selenium, Copper, Manganese, Kromium, Molybdenum, Vanadium, Inositol, Apple Cider Vinegar.

Pengambilan : Boleh diambil oleh semua peringkat usia termasuk ahli sukan. Ambil satu paket setiap hari.

2. AGEL ACTIVE

Kategori kedua produk makanan tambahan Agel ini dikenali sebagai "Agel Active". Agel active adalah untuk golongan-golongan tertentu yang memerlukan unsur-unsur tertentu untuk tubuh badan mereka seperti sumber tenaga, sumber protin dan juga unsur yang dapat mengurangkan berat badan mereka supaya mereka lebih sihat dan aktif. Produk agel active diambil untuk jangkamasa tertentu sehingga matlamat yang hendak dituju sudah tercapai.

AGEL OHM



PERASA BELIMBING


Agel OHM mengandungi Vitamin C, Vitamin B kompleks, D-Ribose,Taurine, Inositol dan 3 jenis ektraks tumbuhan dan herba iaitu Korean Panax Ginseng, Rhodiola dan Schizandra. OHM dapat mengurangkan keletihan, meningkatkan kecergasan dan fokus otak. Ini adalah hasil tindakan D-Ribose, Taurine dan Inositol yang dapat meningkatkan kemampuan badan di dalam menukar makanan kepada tenaga. Herba dan Ektrak tumbuhan pula dapat meningkatkan fokus otak dan mengurangkan stress. Vitamin pula dapat meningkatkan badan melawan jangkitan penyakit *. OHM tidak mengandungi kafein.

Kandungan OHM : Vitamin C1, B1, B2, B3, B5, B6, B12 (Tiamine HCI, Riboflavin, Niacinamide, Calcium Pantothenate, Pyridoxine HCI, Cyanocobalamin),Taurine, D-Ribose, Apple Cider Vinegar, Panax Ginseng, Akar Pokok Rhodiola dan Buah Schizandra, Chromium Chelate, Vanadium Chelate, Inositol.

Pengambilan : OHM diambil ketika perlu. Jika untuk tujuan keletihan, ianya boleh diambil satu paket selepas sarapan tengahari. Juga diambil semasa memerlukannya seperti sebelum melakukan perjalanan jarak jauh. Untuk mengatasi masalah tidur, boleh diambil pada waktu petang. Pengambilan OHM sebelum makan boleh meningkatkan selera makan. OHM tidak disyorkan ke atas wanita yang hamil. Pada bulan puasa, boleh diambil selepas makan sahur.

AGEL FIT



PERASA BUAH LIMAU


Agel FIT adalah untuk anda yang ingin mengurangkan berat badan dan lebih aktif. FIT mengandungi Super-Citrimax iaitu Hydroxycitric Acid (HCA) yang lebih berkesan. Ianya adalah dari buah Garcinia Cambogia. FIT juga mengandungi ektraks tumbuhan African Hoodia. FIT dapat mengurangkan selera makan, meningkatkan pemecahan lemak dan mengurangkan penukaran karbohidrat kepada lemak. Pengambilan FIT bersama dengan penjagaan makanan dan senaman dapat meningkatkan keberkesanan program menurunkan berat badan sebanyak 3 kali *.

Kandungan FIT: Super CitriMax ( Asid Hidroksisitrik yang lebih aktif) diperolehi dari kulit pokok dan buah Garcinia Cambogia. Juga mengandungi ektraks dari pokok African Hoodia.

Pengambilan : FIT diambil 30-60 minit sebelum makan. Terbaik jika diambil 2 paket sehari. Boleh juga digabungkan dengan OHM atau MIN. Pengambilan FIT hendaklah disertakan dengan program penjagaan makanan dan senaman. Senaman hendaklah dilakukan sekurang2nya 10 minit sehari sehingga berpeluh. PROGRAM PENGAMBILAN FIT.

Amaran : FIT tidak disyorkan kepada wanita hamil, menyusu dan kanak2 di bawah 12 tahun. Jika masih dirasakan perlu, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

AGEL PRO



PERASA COKLAT


Agel PRO mengandungi 10 gram protin dan ianya diimbangi dengan "median chain trigliseride" dan fruktos yang boleh membantu membina otot dan memberi tenaga kepada badan keseluruhannya. Agel PRO boleh digunakan oleh sesiapa sahaja samada oleh ahli bina badan, orang awam yang ingin mendapatkan sumber tenaga dan juga mengurangkan berat badan. Agel PRO menyediakan sumber protin yang mudah diambil di samping dapat mengurangkan tahap kolesterol badan. PRO juga dapat mengurangkan tahap kenaikan hormon insulin jadi ia boleh mengawal kandungan gula darah.

Kandungan PRO: 20 gram protin yang bila dipecahkan mengandungi 80 kalori protin, 55 kalori karbohidrat (8 gram) dan 40 kalori lemak (2 gram).Vitamin B2, B3, B6, Asid Pantothenic, Kalsium, Phosphorus, Magnesium, Sodium dan Potasium.

Pengambilan : Satu paket setiap hari. Boleh digabungkan dengan FIT untuk tujuan mengurangkan berat badan.



Amaran: Mungkin mengandungi susu. Jangan mengambil Agel Pro jika anda mengalami alahan kepada produk susu.

3. AGEL THRIVE

Kategori ketiga produk makanan tambahan Agel adalah Agel Thrive yang mempunyai kelebihan sebagai sumber bahan2 kesihatan untuk masalah yang bersangkutan dengan proses degenerasi dan penuaan. Ianya merangkumi kesihatan tulang, sendi dan jantung. Kebanyakan produk Agel Thrive sesuai diambil oleh mereka2 yang berusia walaupun terdapat juga produknya yang sesuai diambil oleh semua peringkat umur contoh nya Agel CAL.

AGEL CAL



PERASA COKLAT


Agel CAL adalah sumber kalsium terbaik yang terdiri dari Kalsium Sitrat, Kalsium Aspartate dan MCHA. Kalsium jenis ini dapat menyerap dengan lebih cepat tanpa mengganggu perut. CAL juga mengandungi Vitamin D3 dan Vitamin K2. Ektraks herba horsetail dan Ipriflavone dapat meningkatkan kekuatan tisu penyokong dan kekuatan tulang di dalam badan. Hampir 50% dari penduduk Malaysia tidak mengambil cukup kalsium dan berisiko mengalami osteoporosis dan masalah gigi. Pengambilan kalsium semenjak usia muda dpt mengurangkan masalah tulang ketika usia tua *.

Kandungan CAL: Vitamin C, Kalcium (Kalsium Sitrat, Kalsium Aspartat, MCHA), Vitamin D3, Vitamin K2, Phosphorus (MCHA), Magnesium, Zinc, Copper, Maganese, Ipriflavone, Ektrak Herba Horsetail , Boron, Vanadium.



Pengambilan : Satu atau 2 paket setiap hari ketika perut kosong. Jika mengambil 2 paket sila pastikan diambil pada masa yang berbeza. Satu paket CAL mengandungi 500 mg Kalsium, badan hanya dapat mengambil maksima 500 mg kalsium pada satu masa.

Ingatan : Kadangkala pada peringkat permulaan mengambil CAL, anda mungkin mengalami sakit tulang , sakit dan panas badan. Ini merupakan gejala2 yang bersifat sementara.

AGEL FLX



PERASA SITRUS


Agel FLX adalah untuk kesihatan sendi. Agel FLX adalah unik kerana menjadi formulasi pertama di dunia yang mengandungi 4 bahan aktif untuk kesihatan sendi iaitu Glucosamine, Chondroitin, Celadrin dan Methylsulfonylmethane. Sendi yang sihat dapat menyokong dan memudahkan aktiviti2 gaya hidup anad yang aktif tanpa kesakitan. Sakit sendi semasa melakukan senaman dan bersukan kadangkalanya sangat membebankan. Kesemua 4 bahan2 ini saling bekerjasama di dalam memberi kesihatan sendi yang optima.

Kandungan FLX: Glucosamine HCI (1245 MG), Chondroitin Sulfate (1200mg), Methylsulfonymethane (MSM) dan Celadrin

Pengambilan : Satu paket selepas aktiviti yang menyebabkan kesakitan sendi.



Amaran : Mungkin mengandungi bahan cengkerang, jangan mengambil produk ini jika mengalami alahan kepada kulit cengkerang ( ketam, siput dll )



AGEL HRT

PERASA BUTTERSCOTCH


Agel HRT adalah sumber kesihatan jantung yang mengandungi Co-Enzyme Q10, Carnitine, Taurine, Polycosanol dan Ekstraks Cendawan Tiram. Co-Enzyme Q10 adalah juga antioksidan yang terbaik. Taurine menjaga jantung anda manakala Carnitine membantu penghasilan tenaga oleh otot jantung anda. Agel HRT adalah diformulasikan secara saintifik untuk membantu, melindungi dan memberi tenaga kepada otot jantung anda. Jantung yang berfungsi dgn sempurna adalah pra-syarat untuk kesempurnaan kesihatan badan. Agel HRT juga dpt mempertahankan tahap kolesterol supaya sentiasa normal *.

Kandungan HRT : Asid Folik, Selenium, Oyster Mushroom Powder (Tepung Cendawan Tiram), Taurine, Niacin, Selenium, L-Carnitine, CoEnzymeQ10 dan Policosanol.10,

Pengambilan: Untuk lelaki dan wanita. Ambil satu paket setiap hari. Boleh diambil oleh penghidap sakit jantung, diabetes dan darah tinggi. Dapat mengurangkan tahap kolesterol.

Peringatan :Sebahagian dari pengguna mungkin mengalami alahan seperti kegatalan kulit dan ruam2 badan selepas mengambil produk Agel, sila berhenti mengambil produk ini.Masalah ini sangat jarang berlaku kerana produk Agel adalah produk dari alam semulajadi.Jika anda mengalami penyakit kronik yang serius, sila dapatkan nasihat doktor anda sebelum mengambil produk Agel.

* Kenyataan ini belum dinilai oleh FDA. Agel adalah makanan tambahan, ianya bukan untuk tujuan mengesan, mencegah dan merawat penyakit.

KATEGORI KEDUA PRODUK AGEL ADALAH AGEL BODY IAITU TERDIRI DARI SATU PRODUK MAKANAN TAMBAHAN AGEL GLO DAN SATU BARISAN PRODUK KOSMETIK AGELESS SKINCARE.



AGEL GLO adalah produk makanan tambahan yang terbaru dilancarkan pada Agelworld 2009 (4hb September 2009). Agel GLO adalah dikategorikan di dalam Agel Body bersama dengan Ageless Skincare. Agel GLO mengandungi ingredien2 yang terbukti untuk memberi kesihatan dalam dan luar kulit, melindungi kulit dari kesan radikal bebas dan serangan dari bahan2 kimia dari pencemaran alam sekitar termasuk juga masalah kulit yang disebabkan oleh sinaran ultraunggu. Diantara ingredien GLO adalah ektraks biji anggur, biji teh hijau, aloe vera, Acerola cherry, CoQ10, Horsetail, Kunyit dan lain2.

Agel GLO mempunyai perasa aprikot dan teh hijau. Prinsip GLO adalah memberi kesihatan penyeluruh dan bertahan lama yang bermula dari kesihatan dalaman sehingga ke permukaan kulit. Dengan pengambilan GLO, bahan2 penjaga kulit akan kekal lebih lama di dalam aliran darah untuk memberi kesan yang lebih baik*.

KANDUNGAN GLO : Ektraks biji anggur, Ektraks biji teh hijau, Aloe Vera, Ektraks Kunyit, Horsetail, CoQ10, Acerola Cherry, Lecithin, Lutein, Tocotrienol

PENGAMBILAN : Satu paket setiap hari selepas sarapan. Terbaik jika disertakan dengan amalan penjagaan kulit dengan set Penjagaan Kulit Ageless.

PRODUK KOSMETIK AGEL : AGELESS SKINCARE

Agel Enterprise juga menghasilkan set kecantikan atau kosmetik yang berasaskan kepada teknologi suspensi gel. Ini merupakan yang pertama di dunia. Dipelopori dan diformulasikan oleh Pakar kecantikan yang terkemuka di dunia dari Aveda’s personal care line yang telah menghasilkan banyak produk kecantikan terkenal dunia seperti Aste Laude dan lain-lain. Ageless skin care mengandungi kesemua 7 set produk penjagaan kulit yang bersumberkan alam semulajadi .



Ageless skin care adalah produk dari alam semulajadi terutamanya ekstrak biji buah anggur, buah delima dan buah acai yang mengandungi kandungan antioksidan yang sangat tinggi malah dikatakan lebih tinggi dari Vitamin C, vitamin E dan Beta karoten. Ianya juga bebas dari bahan-bahan kimia seperti Paraben, Petroleum, propylene glycol, minyak mineral, lanolin dan lain-lain. Produk ageless skin care juga tidak mengandungi bahan-bahan dari sumber haiwan. Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita.

KLASIFIKASI TERBARU PRODUK AGEL OLEH ATEAM

1. AGEL NUTRITIONALS ( EXO, CAL,MIN,GLO) : Sumber vitamins, mineral, antioksidan dan untuk kesihatan rambut,kulit dan kuku.

2. AGEL WELLNESS (FIT,PRO,OHM,UMI) : Mempunyai 3 peranan iaitu (1) Meningkatkan tenaga(Increased energy) (2) Vitality dan (3) Kesihatan yang optima

3. AGEL GELCEUTICALS (FLX, HRT) : Bahan2 kesihatan yang tidak memerlukan preskripsi doktor. Mempunyai 2 peranan utama: (1) Mempertahankan kolesterol yang normal (2) Membantu kesihatan sendi dan rawan

4. AGEL AGELESS SKINCARE SYSTEM

Kotak Pertanyaan Sahaja. Untuk Pengiklanan, dijemput ke shoutbox biru di bawah.


ShoutMix chat widget

Kawan-kawan yang dihargai, terima kasih diucapkan atas penyertaan anda

Maklumat Tetamu

Iklankan Perniagaan Anda.Pertanyaan Produk di shoutbox hijau di atas.


ShoutMix chat widget
 

Sihat Bersama AGEL Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery