AGE FAQ


Apakah Gelseutikal ?

Gelseutikal adalah barisan produk yang berasaskan teknologi suspensi gel hasil

penemuan bersejarah ahli sains di mana bahan2 nutrisi di suspensikan di dalam gel.



Apakah Kelebihan Teknologi Suspensi Gel ?

Terdapat dua faktor yang menentukan keberkesanan mana2 makanan tambahan iaitu

masa pengambilan dan bioavailabiliti bahan nutrinnya. Agel di dalam bentuk pek sangat

mudah diambil menyebabkan ianya boleh diambil pada bila2 masa yang sesuai

terutama bila pengambilannya berpandukan kepada waktu makan kita, ini menyebabkan

penyerapan dan kegunaan bahan nutrin berlaku tepat pada masanya dan lebih berkesan

iaitu ketika badan memerlukannya. Kedua,dengan teknologi gel, bahan2 nutrin yang

penting dapat dikekalkan di dalam matrik gel dan dengan itu ia dapat mengoptimakan

penyerapan bahan2 tersebut selepas diambil. Makanan tambahan tradisional di dalam

bentuk pi dan kapsul tidak semuanya menyerap masuk dari saluran penghadaman,

sebahagian darinya akan hanya melepasi perut dan usus tanpa berinteraksi dengan

permukaannya yang melakukan penyerapan.



Bagaimana bahan2 nutrin di dalam produk Agel menyerap?

Ingredien di dalam setiap produk mengandungi bahan nutrin yang mempunyai kaedah

penerapan yang tersendiri di sepanjang salur penghadaman/usus. Kebanyakan

penyerapan bahan nutrin ini berlaku di usus kecil. Dengan mengsuspensikan bahan

nutrin di dalam gel, ke semua bahan nutrin ini akan bersedia di mana2 sahaja

berlakunya penyerapan di dalam sistem penghadaman manusia. Lebih2 lagi

bahan2 nutrin ini adalah di dalam bentuk yang sudah terlarut di dalam air.



Di mana dapat saya ketahui maklumat tambahan mengenai penyelidikan dan

produk Agel?

Maklumat mengenai produk boleh didapati di www.agel.com/products ataupun layari

laman web http://www.agelnorthern.com, ataupun

blog http://agelmalaysian.blogspot.com. Maklumat mengenaikajian saintifik yang

tepat dapat ditemui di www.pubmed.gov di mana NIH ada menaja koleksi jurnal2

terbaik yang disiarkan dari sumber seluruh dunia.



Adakah semua Produk Agel dari sumber semulajadi?

Kesemua ingredien di dalam produk Agel adalah dari sumber alam semulajadi kecuali

bahan preservatif Sodium Benzoate dan Taurine yang terdapat di dalam OHM. Taurine

dihasilkan melalui sintetik kerana Taurin semulajadi perlu diperolehi dari cecair hempedu

iaitu dari sumber haiwan. Di sebabkan Agel sangat sensitif dengan kehendak semua

agama dan kepercayaan, mereka memilih untuk menghasilkan Taurine di dalam bentuk

sintetik.yang bukan dari sumber haiwan.



Adakah produk Agel produk yang boleh diambil oleh vegetarian ( tiada sumber

haiwan) ?

Kesemua produk Agel boleh diambil oleh Vegetarian kecuali FLX yang mengandungi

bahan dari rawan lembu dan kulit siput.



Apakah Indek Glisemik ?

Pemanis di dalam produk Agel adalah Crystalline Fructose (bukan Glukos), ia

mempunyai Index Glisemik sebanyak 32. Guar Gum dan Xanthan Gum yang menjadi

bahan asas gel merupakan bahan serat yang larut.Banyak makanan yang mengandungi

serat larut air mempunyai Indek Glisemik yang rendah.



Adakah Produk Agel Mengandungi Alkohol ?

Tidak ada satupun produk Agel yang mengandungi Alkohol termasuk produk yang

mengandungi “apple cider vinegar”. Sijil HALAL yang diterima merupakan petunjuk

produk Agel bebas dari alkohol dan lain2 bahan yang ditegah oleh syarak.



Apakah sumber bahan pemanis di dalam produk Agel?

Produk Agel menggunakan Crystalline Fruktos sebagai bahan pemanis dan BUKAN pemanis tiruan.Ianya juga BUKAN sirup jagung yang tinggi fruktos. Crystalline fruktos adalah gula yang dibuat dari jagung dan mempunyai indek glisemik yang rendah. Malah ianya mengandungi kurang kalori kerana walaupun ianya 1.5 kali lebih manis dari gula pasir tetapi mempunyai kepekatan kalori yang sama.Dengan kata lain, kita memerlukan sedikit Crystalline fruktos untuk memaniskan bahan jika dibandingkan dengan gula biasa.



Bolehkah wanita yang hamil dan menyusu mengambil produk Agel?

Kami mencadangkan anda meneliti setiap ingredien di dalam produk Agel dan

berbincang dengan doktor untuk memastikan ianya selamat digunakan.



Bolehkah kanak2 mengambil produk Agel?

Paling baik jika sebelum diberikan pada kanak2, dapatkan pandangan doktor.



Patutkah kanak2 mengambil vitamin dan mineral dari MIN?

Kebanyakan vitamin untuk kanak2 yang terdapat di pasaran mengandungi dos yang

sama dengan vitamin di dalam Agel MIN. Jika anda berhajat untuk memberi Agel MIN

kepada kanak2, MIN tidak mengandungi kuantiti vitamin dan mineral yang merbahaya,

walau bagaimanapun memandangkan penyerapan MIN dan bioavailabiliti MIN adalah

baik, keseluruhan pek MIN mungkin mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang

lebih dari diperlukan. Jadi adalah lebih selamat jika diberikan setengah paket Agel MIN

setiap hari ataupun satu paket selang sehari kepada kanak2.



Bolehkah kanak2 mengambil Agel FIT

Secara amnya, kami tidak mengesyorkan bantuan diet kepada kanak2 dan dengan itu TIDAK MENGESYORKAN Agel FIT kepada populasi kanak2. Dapatkan nasihat doktor kanak2 tentang makanan tambahan dan kaedah mengurangkan berat badan untuk kanak2.Agel menggalakkan amalan tabiat makan yang sihat dan melakukan aktiviti fizikal sebagai kaedah untuk mengawal berat badan kanak-kanak.



Adakah interaksi mana2 jenis ubatan dengan produk Agel?

Ubat dari kategori SSRI’s (Selective Serotonin Re-uptake Inhibitors) mungkin boleh berinteraksi dengan Agel FIT ataupun OHM. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor. OHM mengandungi Panax Ginseng yang boleh meningkatkan tahap serotonin di dalam otak. Agel FIT pula mengandungi Hydroxycitric Acid yang diketahui dapat mengurangkan selera makan melalui tindakannya meningkatkan kandungan

serotonin di dalam otak, secara teorinya, ini boleh menyebabkan sindrom serotonin.

Contoh ubat2an SSRI’s : Venlafaxine, fluoxetine, paroxetine (ubat2an ini seringkali digunakan untuk merawat kemurungan(depression).



Apakah ujian makmal yang dilakukan ke atas produk Agel ?

Produk Agel telah melalui 4 bidang ujian makmal:

Ujian Mikrobiologikal ( agen-agen mikrob seperti bakteria, fungus dan virus) bagi memastikan tidak ada agen2 mikrob yang boleh memudharatkan.

Ujian Kandungan Nutrisi dilakukan untuk memastikan bahawa kuantiti kandungan nutrisi di dalamnya adalah pada tahap yang optima dan peratusan yang tepat supaya ianya dapat memberi kesan yang terbaik.

Ujian ke atas bahan2 terlarang dilakukan seperti ubat peransang dan steroid, dengan sijil antidoping yang diperolehi oleh semua produk Agel, produk Agel adalah selamat digunakan oleh semua orang termasuk ahli2 sukan..

Ujian kestabilan dilakukan untuk memastikan bahawa ingredien di dalam paket Agel mempunyai ketahanan yang lama dari segi keberkesannya.



Produk Agel yang manakah telah menerima sijil HALAL.

Semua produk Agel telah menerima sijil HALAL kecuali Agel FLX kerana mengandungi komponen dari haiwan.



Apakah INFANCA dan adakah JAKIM mengiktiraf INFANCA?

INFANCA (http://www.ifanca.org/index.php) ataupun Food and Nutrition Council of

America (IFANCA) adalah pertubuhan Islam tanpa profit yang mempromosi makanan

HALAL dan menginstitusikan HALAL.

INFANCA beribupejabat di Chicago, Illinois , Amerika Syarikat dan mempunyai pejabat di Pantai Barat ,Amerika, Toronto , Kanada dan Brussels, Belgium.

1. INFANCA mengeluarkan sijil halal kepada penghasilan makanan di 20 negara seluruh dunia

2. INFANCA mengesahkan produk halal yang dijual di hampir semua negara di dunia

3. INFANCA mengeluarkan sijil halal kepada semua produk di dalam industri makanan

4. INFANCA mengeluarkan sijil halal dan khidmat nasihat kepada perkhidmatan penyembelihan haiwan

5. INFANCA mengeluarkan sijil halal kepada bahan kosmetik, bahan2 yang dibungkus dan juga bahan kimia.



INFANCA telah mendapat pengiktirafan dari organisasi kerajaan dan organisasi keagamaan berikut :

1. Dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk mengeluarkan sijil halal dari Amerika Utara, Negara Eropah dan Asia. INFANCA adalah satu2nya pertubuhan dari Amerika yang menerima penghargaan ini.

2. Islamic Committee Office of Thailand

3. Majelis Ulama Indonesia (M.U.I.)

4. Majlis Ugama Islam Singapura (M.U.I.S.)

5. Muslim World League, Saudia Arabia

6. Philippine Hallal Association

7. USDA International Programs

8. Diluluskan oleh semua negara-negara Islam dan negara2 pengimpot makanan halal sebagai satu agensi yang sangat berwibawa.



KESIMPULANNYA ADALAH INFANCA ADALAH SATU ORGANISASI ISLAM YANG MENGELUARKAN SIJIL HALAL TERBESAR DI DUNIA DAN BERSIFAT GLOBAL. JIKA INFANCA TELAH MENGELUARKAN SIJIL HALAL MAKA TIDAK PERLU MENDAPAT PENGESAHAN HALAL DARI JAKIM.



Sumber laman web INFANCA : http://www.ifanca.org/index.php



Soalan Tambahan Mengenai Syarikat Agel Enterprises : Adakah Syarikat Agel Enterprises sebuah Syarikat Yahudi?

Jawapannya adalah TIDAK sama sekali, CEO syarikat Agel Enterprises adalah Glen Jensen dan beliau adalah beragama Kristian dari Mazhab Mommon. Agel Enterprises bukan syarikat milik Yahudi. Syarikat ini memberi peluang perniagaan kepada semua negara tidak kira latarbelakang agama, kepercayaan dan bangsa. Semua golongan mempunyai peluang yang sama untuk berjaya dan sebab itulah Glen Jensen ada mengatakan bahawa " Agel adalah istimewa, ianya memberi peluang kepada semua tanpa batasan agama dan kepercayaan, semenjak awal penubuhan syarikat ini kami sangat menitikberatkan dan perihatin kepada setiap kepercayaan sebab itulah kami sangat mengambil berat dari sudut HALAL untuk penganut agama Islam dan Sijil Kocher's untuk penganut Yahudi"

Kotak Pertanyaan Sahaja. Untuk Pengiklanan, dijemput ke shoutbox biru di bawah.


ShoutMix chat widget

Kawan-kawan yang dihargai, terima kasih diucapkan atas penyertaan anda

Maklumat Tetamu

Iklankan Perniagaan Anda.Pertanyaan Produk di shoutbox hijau di atas.


ShoutMix chat widget
 

Sihat Bersama AGEL Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery